CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Semoga blog ini menjadikan kita warganegara yang patriotik dan sayangkan negara tercinta iaitu MALAYSIA khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, April 3, 2009

KEPENTINGAN ZAMAN NEOLITIK KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.




1. Sebelum kewujudan tamadun manusia, manusia menyara kehidupan mereka dengan memburu binatang dan memungut hasil tanaman yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah kira – kira 3,500 tahun dahulu apabila manusia mengetahui cara – cara menternak binatang. Dengan adanya pengetahuan itu perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan manusia.

2. Melalui kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang, manusia mula mengeluarkan sendiri keperluan makanan mereka. Sejak sepuluh ribu tahun dahulu, masyarakat pemungut dan memburu itu semakin pupus. Manusia juga mula membina tempat tinggal yang tetap di kawasan perkampungan sekitar kawasan mereka menjalankan kegiatan bertani dan menternak. V. Gordon Childe, seorang ahli arkeologi terkemuka mensifatkan perubahan – perubahan itu sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia.

3. Sungguhpun perubahan itu berlaku secara beransur – ansur di tempat – tempat tertentu pada period yang berbeza – beza, tetapi ia telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam sejarah kehidupan manusia dengan zaman sebelumnya. Kebanyakkan ahli sejarah menganggap perubahan dalam zaman Neolitik ini sama pentingnya dengan revolusi perindustrian abad ke – 18 dan abad ke – 19 dari segi mencetuskan perubahan – perubahan ke atas kehidupan manusia.

4. Perbezaan Zaman paleolitik dan zaman neolitik – cirri-ciri secara umum

5. Ahli sejarah percaya penemuan kaedah menanam dan menternak binatang bermula sekitar 10,000 – 5,000 ribu tahun lalu di Asia Barat. Di kawasan inilah manusia mula menanam gandum dan barley serta menternak kambing, biri – biri dan khinzir sebagai bekalan makanan mereka. Di kawasan ini jugalah munculnya perkampungan manusia yang awal, Jerico, yang terletak di Palestine mengikut analisis radiokarbon muncul pada tahun 7800 sm. Kawasan seluas 8000 ekar ini didami oleh tiga ribu orang penduduk. Manakala di catal Huyuk di selatan Turki muncul pada tahun 6500 SM. Kira – kira pada tahun 4500 SM. Kampung – kampung Neolitik bertebaran muncul di Iran, Iraq, Syria, Turki dan Mesir.
Perubahan yang berlaku itu membawa beberapa perubahan besar ke atas kehidupuan manusia antaranya ialah:

Aktiviti penanaman dan penternakan binatang telah meningkatkan taraf hidup kerana manusia tidak perlu lagi bergantung kepada sumber – sumber semulajadi yang dapat ditemuinya. Manusia telah dapat menambah bekalan keperluan mereka dengan menanam tanaman di kawasan lebih luas dan menternak binatang dengan lebih banyak.

Penemuan bajak dan roda – telah menambahkan lagi daya produktiviti manusia. Penemuan bajak misalnya menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.

Kemunculan perkampungan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan – kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Peningkatan ini berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga kualitinya. Ini menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan menampung jumlah penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah baik dan bekalannya juga dapat diperolehi secara berterusan.
Kemunculan perkampungan seperti di Jerico menunjukan bahawa inilah buat pertama kalinya manusia hidup dalam komuniti yang besar menetap, mempunyai tempat kediaman tetap dan mengawal pengeluaran makanan mereka sendiri.

Perkampungan yang sama juga dikatakan berlaku di Asia Tenggara ( 9000 SM ), Greece ( 8000 SM ), Kepulauan Britian dan Scandinavia, Mesir, Amerika dan China ( 7000 SM ). Di kawasan ini juga manusia mula membina perkampungan, menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan binatang. Di Asia Tenggara misalnya, manusia menggunakan pengetahuan mereka menanam padi sawah dan menternak lembu dan kerbau untuk keperluan mereka.

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam seperti tembikar , tanah liat dan kayu . Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan penduduk yang semakin pesat. Kehidupan di satu – satu kawasan petempatan juga menjadi semakin kompleks. Bermula dengan kemajuan inilah juga membawa kepada perubahan besar dari segi hubungan manusia dengan alam persekitaran mereka. Buat pertama kali, manusia mula menggunakan pengetahuan ( ilmu ) untuk menyara hidup mereka

Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan bekalan di satu – satu kawasn membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Ini membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam masyarakat.

Kehidupan yang bertambah kompleks tadi menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan kerja untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Misalnya masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasi dan memberi arah kepada mereka. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendita untuk menjalankan kegiatan agama.

Dari situ, munculnya institusi – institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat adaptasi dan mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita muncul sebagai orang berkuasa. Pahlawan dapat senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama kelamaan masyarakat di suatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

Urbanisasi – perkampungan berubah menjadi Bandar menyebabkan masyarakat tahu menggunakan tembaga , besi bagi menggantikan batu spt dalam aktiviti pertanian. Kemajuan yang boleh dibawa revolusi neolitik membuka laluan kepada penggunaan tembaga dan besi menggantikan batu sebagai alat senjata dan juga akhirnya sekitar tahun 3000 – 4000 SM membawa kepada munculnya bandar sebagai pusat kehidupan baru manusia.

Agama dan kepercayaan telah membantu manusia akur dengan hukum alam. Membawa kepada penyembahan pemujaan unsur alam dan dewa dewi bagi mengelakkan kejadian malapetaka menimpa mereka seperti kemarau , banjir , tanaman tidak menjadi dan sebagainya.

Setelah kehidupan manusia menjadi lebih kompleks, manusia bukan sahaja perlu memikirkan secara rasional bagaimana menambah hasil pertanian dan ternakan, tetapi juga menyimpan ilmu pengetahuan mereka. Ini membawa kepada munculnya tulisan untuk memenuhi keperluan tersebut.

0 comments: