CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Semoga blog ini menjadikan kita warganegara yang patriotik dan sayangkan negara tercinta iaitu MALAYSIA khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE


Tuesday, September 29, 2009

pentadbiran Negara kota Athens di Yunani dan Madinah di Tanah Arab



Konsep Negara kota – perkataan Civitas dalam bahasa latin dan Greek yang bermaksud kota atau bandar.Negara kota juga dikenali sebagai Negara Bandar yang berasal dari dua perkataan Negara dan kota.Semua Negara kota terletak di sebuah kota yang tetap dan mempunyai organisasi yang menguruskan dan menjalankan peraturan dalam sesebuah masyarakat.Setiap Negara kota mempunyai beberapa ciri seperti wilayah, penduduk, pemerintah, undang –undang dan kedaulatan.

Latar belakang Negara kota Athens dan Madinah

Athens mengamalkan sistem pemerintahan republic yang berkonsepkan demokrasi
warganegara lelaki boleh mengundi dan menjadi pemimpin bagi tempoh enam hingga setahun.Wanita dan hamba tidak boleh mengundi dan menjadi pemimpin kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara.Sistem pemerintahan dikendalikan oleh tiga buah badan utama iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret/Juri.

Madinah mengamalkan pemerintahan demokrasi melalui konsep syura dan musyawarah.
Pemerintah tertinggi ialah Rasulullah (zaman nabi Muhammad saw) dan Khalifah (pada zaman Khulafa’ ar Rasyidin)Badan pemerintah tertinggi ialah majlis syura (ditubuhkan secara rasmi semasa zaman Umar al-Khattab)Sistem perundangan dikuatkuasakan melalui penggubalan Sahifah Madinah

BENTUK PENTADBIRAN

i. Dewan Perhimpunan ( Athens )

Dianggotai oleh warganegara lelaki berumur 21 tahun ke atas dan bersidang tiga kali sebulan tempat dasar –dasar kerajaan dibincangkan termasuk menggubal undang- undang dan polisi serta membincangkan hal – hal ekonomi seperti percukaian. Bertanggungjawab melantik pentadbir – pentadbir Negara dan ahli – ahli Majlis.bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kehakiman di Athens.

ii.. Majlis ( Athens)

Jawatankuasa yang mengendalikan urusan yang telah diputuskan oleh dewan perhimpunan. Mempunyai 500 orang ahli dan kebanyakannya terdiri daripada golongan Archon( bangsawan) yang merupakan golongan berada dan melaksanakan pemerintahan bercorak tyrant (mutlak)bertanggungjawab membincangkan dan melaksanakan hal – hal seperti polis dan percukaian

iii. Majlis Syura ( Madinah)

Majlis Syura terdiri daripada semua umat Islam dan sahabat rasulullah tidak ada tempoh persidangan tetapi mengikut kepentingan Negara dan situasi politik semua rakyat bebas mengemukakan idea dan pandangan untuk kemajuan Negara ( kecuali bidang agama)Khalifah Umar al Khattab telah mengemaskinikan majlis syura dengan mewujudkan dua jenis majlis syura iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am

Sumber perundangan

iv. Majistret dan Juri ( Athens )

-terdiri daripada kakitangan kerajaan dan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan dasar yang telah diputuskan oleh Dewan Perhimpunan.-ahli dalam badan ini dipilih oleh Dewan Perhimpunan dan mereka terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidik
Juri merupakan ahli Dewan Perhimpunan dan jumlah juri bagi setiap kes bergantung pada jenis kesalahan.juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang bersalah tidak berpeluang untuk merayu.

v. Piagam Madinah

Digubal pada satu dan dua Hijrah yang merupakan sumber perundangan di Madinah.
-perlembagaan bertulis yang pertama didunia juga dikenali Sahifah Madinah atau Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal berkaitan tanggungjawab orang Islam dan Yahudi. Hukuman berdasarkan Al Quran iaitu hudud, qisas dan takzir.Pada zaman Umar al Khattab, jabatan kehakiman dipisahkan dari jabatan – jabatan lain dan membentuk mahkamah kadi – kadi khas bagi menguruskan perbicaraan dan peraturan – peraturan kehakiman yang tertentu.

Kedua- dua Negara kota ini mempunyai persamaan dalam sistem pentadbiran dan menjadi asas amalan demokrasi sehingga kini.

0 comments: