CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Semoga blog ini menjadikan kita warganegara yang patriotik dan sayangkan negara tercinta iaitu MALAYSIA khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE


Tuesday, May 5, 2009

Organisasi Sosial merupakan ciri utama dalam Tamadun awal manusia.



Pendahuluan

Organisasi sosial-ciri masyarakat bertamadun.Tamadun Mesir bermula sekitar tahun 3,500s.m di lembah Sg.Tigris-Eupharates.Masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapis manakala masyarakat Mesir terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.




Raja –lapisan/hairaki sosial tertinggi bagi Mesopotamia,Mesopotamia-raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi.merupakan wakil tuhan dan harus mentadbir dengan adil dan saksama.Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi(gabnor) dan ingal/raja yang dianggap mendapat mandat daripada tuhan.merupakan ketua pentadbir, tentera dan agama.Raja Mesir- kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat.peranan raja sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim.bergelar Firaun yang dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan matahari.




2. Golongan bangsawan
Mesopotamia-hairaki kedua tertinggi selepas raja .dikenali sebagai arbanuti, iaitu akan membantu raja dalam pentadbir.berkuasa memilih pewaris tahta.terdiri daripada pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan gabnor yang dilantik oleh raja.Mereka tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja.sumber kekayaan mereka daripada rampasan perang dan cukai daripada rakyat.

Di dalam Tamadun Mesir,golongan bangsawan merupakan kedua tertinggi selepas raja . -terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja.contoh pendeta, penguasa dan pentadbir.memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.turut memegang jawatan pendeta yang menjaga rumah ibadat, kuil, mengutip cukai dan penulis salasilah raja.berperanan dalam perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting dalam masyarakat. Orang Mesir percaya hanya pendeta yang boleh mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar.




3. Golongan professional/tentera

Mesopotamia- golongan professional merupakan hairaki yang ketiga.dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, pedagang,doctor, artis dan jurutulis.mempunyai persatuan menjaga kepentingan mereka.berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan pekerjaan kepada anak masing-masing.




Mesir pula golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan artisan. tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah,harta rampasan perang, ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja. buruh raja terdiri daripada pelombong emas, kuari, pekerja binaan, membuat
tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun. golongan petani ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan
menjadi buruh paksa dalam pembinaan candi.




4. Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba.

Mesopotamia-rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah. rakyat biasa dikenali sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar dan hamba. hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual, tawanan perang dan orang berhutang.dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta memiliki harta.semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin yang yang tiada keistimewaan.

Mesir pula golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang.Bekerja di ladang raja dan rumah berhala/kuil.Zaman Ramses 11 tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar pembinaan.

Kesimpulan

Jelaslah di sini organisasi sosial ialah kemajuan masyarakat yang terdiri daripada
peringkat-peringkat tertentu. Susunan organisasi sosial adalah petunjuk kemajuan tamadun tersebut.

1 comments:

anonymous said...

Apakah kepentingan organisasi sosial?