CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Semoga blog ini menjadikan kita warganegara yang patriotik dan sayangkan negara tercinta iaitu MALAYSIA khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, April 10, 2009

EARLY CIVILIZATION : THE ECONOMIC




Tema : ekonomi

1. MESOPOTAMIA

Kegiatan perdagangan : sember kedua penting.
Hasil barang & peratnaian ditukarkan dgn logam & balak.
Pengeluaran tekstil secara besaran : dikendalikan rumah berhala & istana.

Undang2 hamurabi : memerlihara terusan & tambak & membayar sewa sebanyak hasil pertanian.
Perdagangan bebas tidak digalakkan.
Peraturan perdagangan ditetapkan.


Zaman chaldea :

Rumah berhala : shatmu & dibantu oleh penyelia, pendeta & pekerja ( hamba )
Kelas baru : shirke
Ciri2 pedagangan luar:
Mengeksport barang- barang perindustrian.
Perdagangan antara bandar.
Mengimport pelbagai jenis barang utk kegunaan rumah berhala.
Zaman babylon:



Peranan pedagang lebih kompleks.
Mengksport tekstil,
Menjalankan kegiatan perdagangan
Orang tengah
Melebur logam dengan pengedar tembaga.
Hubungan perdagangan dengan raja.

Penggunaan matawang & kemunculan institusi perbankan.
Syiling pelbagai bentuk – medium pembayaran dan pertukaran.

Zaman babylon : hartanah & hamba ditentukan ikut standard perak.
Matawang dikawal oleh pihak istana.

Sistem perbankan persendirian : keluarga egibi
Sistem perbankan kaut keuntungan : 20 – 30% drpd pinjaman.
Pusat komersil membangunn : karu.

MESIR



Byblos : pusat perdagangan & pelabuhan enterport.
Hub. Perdagangan mesir dengan creete, phoenicia, palestin, syria & cypris
Barang eksport utama : gandum, linen & fabrik.
Import : emas, perak & gading.

expedisi perdagangan : persuruh jaya diraja mesir.
expedisidianggap sebagai duta & barang2 yg diperolehi sebagai ufti.
Perkilangan & perindustrian berkembang pesat.
Industri pembiaan kapal, kuari, pembuatan tembikar.

3 kaedah mendapatkan barangan dari luar:
Menghantar expedisi.
Melalui pedagang asing.
expidisi tentera laut.

Cukai : suber utama pndapatan:
Cukai diperolehi melalui :
Ladang rumah berhala.

Tentera veteran yg memilik tanah.
Pedagang & tukang.
Aktiviti perdagangan menyebabkan orang mesir mahir dlm kira2
Cukai dibayar dlm bentuk barang & disimpan dlm gudang raja.

Penggunaan :
Resit
Dokumen pemilikan harta.
Perjanjian bertulis.

Wasiat.
Zaman remesside; gelang2 diperbuat drpd emas sbg medium pertukaran.
Urus niaga dijalankan secara kecilan dikalangan petani.
Sistem barter.
Matawang : orang parsi perkenalkan wang perak shekel

Canselor : dilantik oleh firaun uruskan soal cukai & ekonomi.


Tugas utama canselor:
Menetap, mengurus & membayar gaji pekerja ladang raja
Mengetuai & menguruskan hal ehwal ekonomi rumah berhala.
Sistem ukuran :
Mata horus – bagi bijirin.
Jari, tapak tangan & kubit – ukuran panjang.
Jar – isi padu bir, susu, madu wain.

Mesopotamia was a region which did not have many natural resources. Therefore, the people who lived there needed to trade with neighbouring countries in order to acquire the resources they needed to live.

grain

Grain, oils and textiles were taken from Babylonia to foreign cities and exchanged for timber, wine, precious metals and stones. In addition, merchants from other countries travelled to Babylonia to exchange their goods.

lapiz lazuli

Merchants used several different methods for transporting their goods depending on what they were transporting. For example, grain was quite bulky and was best transported on a boat, whereas precious stones were likely to be small, so they could be transported on foot or by donkey.



3.INDUS : ZAMAN MAURYA


Kerajaan monopoli : pertanian, perdagangan & perindustrian.
Tanah pertanian milik kerajaan.
Kerajaan menyediakan kemudahan pengairan & peraturan.
Kerajaan memiliki kilang – kilang menenun kain & membuat senjata.
Memiliki lombong-lombong.

Lahirnya pengusahan persendirian: saddalputta.
Lahirnya organisasi perindustrian : kumpulan koperatif.
Selepas maurya : kerajaan tidak mengusai pertanian.
Menguatkuasakan undang2 utk memelihara kegiatan pertanian.

Persatuan perdagangan & perindustrian – zaman vedik.
Persatuan perdagangan mainkan peranan penting dalam perkembagan ekonomi.
Dikawal oleh raja = bhandagarika.
Persatuan mempunyai mahkamah :
Membicrakan kes yg membabitkan ahli.
Menyingkir aggota yang salah.
Menyelesaikan masalah sosial.

Peranan persatuan perdagangan :
Bertindak sebagai bank.
Pemegang amanah.
Menetapkan gaji pekerja.
Matawang : gangsa & perak punyai lambang raja.
Zaman maurya : matawang rom digunakan.
Matawang tembaga digunakan : pemerintahan naga.
Amalan meminjam wang : dikenakan faedah pinjaman.


Kadar faedah berbeza mengikut status/kasta : kitab manu
Organisasi yang menawarkan pinjaman:
Persatuan – persatuan perdagangan.
Raja.
Instiusi keagamaan.
Peminjam wang profesional – ceti.
Sistem percukaian:
Bhaga.
Bali – cukai keagamaan.
Kara – penyerahan ½ hasil kepada kerajaan.
Senbhakta – membekalkan makanan kpd tentera.
Hirana – cukai dlm bentuk tunai.

Harappan Civilization







One of the most fascinating yet mysterious cultures of the ancient world is the Harappan civilization. This culture existed along the Indus River in present day Pakistan. It was named after the city of Harappa which it was centered around. Harappa and the city of Mohenjo-Daro were the greatest achievements of the Indus valley civilization. These cities are well known for their impressive, organized and regular layout. Over one hundred other towns and villages also existed in this region. The Harappan people were literate and used the Dravidian language.

Artifacts and clues discovered at Mohenjo-Daro have allowed archaeologists to reconstruct this civilization. The similarities in plan and construction between Mohenjo-Daro and Harappa indicate that they were part of a unified government with extreme organization. Both cities were constructed of the same type and shape of bricks. The two cities may have existed simultaneously and their sizes suggest that they served as capitals of their provinces. In contrast to other civilizations, burials found from these cities are not magnificent; they are more simplistic and contain few material goods. This evidence suggests that this civilization did not have social classes. Remains of palaces or temples in the cities have not been found. No hard evidence exists indicating military activity; it is likely that the Harappans were a peaceful civilization. The cities did contain fortifications and the people used copper and bronze knives, spears, and arrowheads.

The Harappan civilization was mainly urban and mercantile. Inhabitants of the Indus valley traded with Mesopotamia, southern India, Afghanistan, and Persia for gold, silver, copper, and turquoise. The Mesopotamian model of irrigated agriculture was used to take advantage of the fertile grounds along the Indus River. Earthlinks were built to control the river's annual flooding. Crops grown included wheat, barley, peas, melons, and sesame. This civilization was the first to cultivate cotton for the production of cloth. Several animals were domesticated including the elephant which was used for its ivory.


Bibliography:

Gay, Peter, et al., eds. Columbia History of the World. New York: Harper and Row, 1972.

Honour, Hugh and John Fleming. The Visual Arts: A History. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall Inc., 1995.

"Indus Civilization." The New Encyclopedia Britannica. 1992 ed.

Schellinger, Paul, et al., eds. International Dictionary of Historical Places. Vol. 5. Chicago: Fitzroy Dearborn, 1996.

Spodek, Howard. The World's History. Volume 1: to 1500. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall Inc., 1998.

Illustrations from: The Ancient Indus Valley . Copyright J.M. Kenoyer/Dept. of Archaeology and Museums, Govt. of Pakistan. Used by permission.

Indus Valley Civilization






The Indus Valley Civilization (mature period 2600–1900 BCE), abbreviated IVC, was an ancient civilization that flourished in the Indus River basin. Primarily centered along the Indus river, the civilization encompassed most of Pakistan, including its Sindh, Punjab and Balochistan provinces, and extending into modern day Indian states of Gujarat, Haryana, Punjab and Rajasthan. Remains have been excavated from Afghanistan, Turkmenistan and Iran, as well. The mature phase of this civilization is technically known as the Harappan Civilization, after the[1] first of its cities to be unearthed: Harappa in Pakistan. Excavation of IVC sites have been ongoing since 1920, with important breakthroughs occurring as recently as 1999.[2]

The civilization is sometimes referred to as the Indus Ghaggar-Hakra civilization[3] or the Indus-Sarasvati civilization. The appellation Indus-Sarasvati is based on the possible identification of the Ghaggar-Hakra River with the Sarasvati River mentioned in the Rig Veda,[4] but this usage is disputed on linguistic and geographical grounds.

The name of Mohenjo-daro is widely recognized as one of the most important early cities of South Asia and the Indus Civilization and yet most publications rarely provide more than a cursory overview of this important site.

There are several different spellings of the site name and in this article we have chosen to use the most common form, Mohenjo-daro (the Mound of Mohen or Mohan), though other spellings are equally valid: Mohanjo-daro (Mound of Mohan =Krishna), Moenjo-daro (Mound of the Dead), Mohenjo-daro, Mohenjodaro or even Mohen-jo-daro. Many publications still state that Mohenjo-daro is located in India (presumably referring to ancient India), but since the creation of Pakistan in 1947, the site has been under the protection of the Department of Archaeology and Museums, Government of Pakistan.


The temples of India (pict. 1-2) are built according to the ancient Vedic architectural science. There are striking similarities between Mayan temples and those in India. Pict. 3-4: Two Mayan temples from Palenque, Mexico and Central America.


The Aztec Calendar is known as the Aztec Chakra to Hindu Astronomers. (National Museum of Anthropology, Mexico.)

Friday, April 3, 2009

KEPENTINGAN ZAMAN NEOLITIK KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.




1. Sebelum kewujudan tamadun manusia, manusia menyara kehidupan mereka dengan memburu binatang dan memungut hasil tanaman yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah kira – kira 3,500 tahun dahulu apabila manusia mengetahui cara – cara menternak binatang. Dengan adanya pengetahuan itu perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan manusia.

2. Melalui kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang, manusia mula mengeluarkan sendiri keperluan makanan mereka. Sejak sepuluh ribu tahun dahulu, masyarakat pemungut dan memburu itu semakin pupus. Manusia juga mula membina tempat tinggal yang tetap di kawasan perkampungan sekitar kawasan mereka menjalankan kegiatan bertani dan menternak. V. Gordon Childe, seorang ahli arkeologi terkemuka mensifatkan perubahan – perubahan itu sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia.

3. Sungguhpun perubahan itu berlaku secara beransur – ansur di tempat – tempat tertentu pada period yang berbeza – beza, tetapi ia telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam sejarah kehidupan manusia dengan zaman sebelumnya. Kebanyakkan ahli sejarah menganggap perubahan dalam zaman Neolitik ini sama pentingnya dengan revolusi perindustrian abad ke – 18 dan abad ke – 19 dari segi mencetuskan perubahan – perubahan ke atas kehidupan manusia.

4. Perbezaan Zaman paleolitik dan zaman neolitik – cirri-ciri secara umum

5. Ahli sejarah percaya penemuan kaedah menanam dan menternak binatang bermula sekitar 10,000 – 5,000 ribu tahun lalu di Asia Barat. Di kawasan inilah manusia mula menanam gandum dan barley serta menternak kambing, biri – biri dan khinzir sebagai bekalan makanan mereka. Di kawasan ini jugalah munculnya perkampungan manusia yang awal, Jerico, yang terletak di Palestine mengikut analisis radiokarbon muncul pada tahun 7800 sm. Kawasan seluas 8000 ekar ini didami oleh tiga ribu orang penduduk. Manakala di catal Huyuk di selatan Turki muncul pada tahun 6500 SM. Kira – kira pada tahun 4500 SM. Kampung – kampung Neolitik bertebaran muncul di Iran, Iraq, Syria, Turki dan Mesir.
Perubahan yang berlaku itu membawa beberapa perubahan besar ke atas kehidupuan manusia antaranya ialah:

Aktiviti penanaman dan penternakan binatang telah meningkatkan taraf hidup kerana manusia tidak perlu lagi bergantung kepada sumber – sumber semulajadi yang dapat ditemuinya. Manusia telah dapat menambah bekalan keperluan mereka dengan menanam tanaman di kawasan lebih luas dan menternak binatang dengan lebih banyak.

Penemuan bajak dan roda – telah menambahkan lagi daya produktiviti manusia. Penemuan bajak misalnya menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.

Kemunculan perkampungan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan – kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Peningkatan ini berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga kualitinya. Ini menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan menampung jumlah penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah baik dan bekalannya juga dapat diperolehi secara berterusan.
Kemunculan perkampungan seperti di Jerico menunjukan bahawa inilah buat pertama kalinya manusia hidup dalam komuniti yang besar menetap, mempunyai tempat kediaman tetap dan mengawal pengeluaran makanan mereka sendiri.

Perkampungan yang sama juga dikatakan berlaku di Asia Tenggara ( 9000 SM ), Greece ( 8000 SM ), Kepulauan Britian dan Scandinavia, Mesir, Amerika dan China ( 7000 SM ). Di kawasan ini juga manusia mula membina perkampungan, menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan binatang. Di Asia Tenggara misalnya, manusia menggunakan pengetahuan mereka menanam padi sawah dan menternak lembu dan kerbau untuk keperluan mereka.

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam seperti tembikar , tanah liat dan kayu . Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan penduduk yang semakin pesat. Kehidupan di satu – satu kawasan petempatan juga menjadi semakin kompleks. Bermula dengan kemajuan inilah juga membawa kepada perubahan besar dari segi hubungan manusia dengan alam persekitaran mereka. Buat pertama kali, manusia mula menggunakan pengetahuan ( ilmu ) untuk menyara hidup mereka

Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan bekalan di satu – satu kawasn membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Ini membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam masyarakat.

Kehidupan yang bertambah kompleks tadi menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan kerja untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Misalnya masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasi dan memberi arah kepada mereka. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendita untuk menjalankan kegiatan agama.

Dari situ, munculnya institusi – institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat adaptasi dan mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita muncul sebagai orang berkuasa. Pahlawan dapat senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama kelamaan masyarakat di suatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

Urbanisasi – perkampungan berubah menjadi Bandar menyebabkan masyarakat tahu menggunakan tembaga , besi bagi menggantikan batu spt dalam aktiviti pertanian. Kemajuan yang boleh dibawa revolusi neolitik membuka laluan kepada penggunaan tembaga dan besi menggantikan batu sebagai alat senjata dan juga akhirnya sekitar tahun 3000 – 4000 SM membawa kepada munculnya bandar sebagai pusat kehidupan baru manusia.

Agama dan kepercayaan telah membantu manusia akur dengan hukum alam. Membawa kepada penyembahan pemujaan unsur alam dan dewa dewi bagi mengelakkan kejadian malapetaka menimpa mereka seperti kemarau , banjir , tanaman tidak menjadi dan sebagainya.

Setelah kehidupan manusia menjadi lebih kompleks, manusia bukan sahaja perlu memikirkan secara rasional bagaimana menambah hasil pertanian dan ternakan, tetapi juga menyimpan ilmu pengetahuan mereka. Ini membawa kepada munculnya tulisan untuk memenuhi keperluan tersebut.

Thursday, April 2, 2009

PERANAN DAN PENGARUH ALAM SEKITAR DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN PADA ZAMAN PRASEJARAH .


1 Cara hidup

Pengaruh alam sekitar kepada cara hidup sebagai parasit persekitaran Masyarakat
Paleolitik Mereka berpindah randah dlm kumpulan kecil / hidup nomad dalam lingkungan kawasan yang luas disebabkan pada tahap Plestosen dimana muka bumi dilitupi ais/air batu dan kawasan daratan telah ditenggelami air. Cara hidup nomad juga disebabkan oleh keperluan mencari bahan makanan Mereka juga tidak berharta. Pencairan air batu telah mengubah cara hidup masyarakat Pada zaman Neolitik manusia tidak lagi berpindah randah , Mereka mempunyai harta dan tanah.mereka mula membina petempatan yang tetap dan seterusnya wujud kampung-kampung sebagai petempatan awal yang seterusnya mempengaruhi proses urbanisasi.

2. Petempatan
Persekitaran yang sejuk telah mempengaruhi masyarakat Paleolitik tinggal di dalam gua ,lubang bawah tanah , bawah ranting kayu utk melindungi diri dari kesejukan dan ancaman binatang buas. Contoh petempatan di Gua Niah,Sarawak , Tingkayu Sabah dan lain-lain lagi. Perubahan cuaca panas membawa kepada kemunculan tasik dan sungai dijadikan sebagai tempat mereka tinggal di tepi sungai, persisiran pantai dan tanah pamah Menjalankan kegiatapertanian dan mula menetap dan membina perkampungan. Contoh perkampungan manusia yang awal,
Jerico, yang terletak di Palestine mengikut analisis radiokarbon muncul pada tahun 7800 sm.
Kawasan seluas 8000 ekar ini didami oleh tiga ribu orang penduduk. Manakala di Catal Huyuk
di selatan Turki muncul pada tahun 6500 SM. Kira – kira pada tahun 4500 SM.

3. Ekonomi

Pengaruh alam sekitar dalam aktiviti ekonomi. Pada zaman Paleolitik manusia memperoleh
bahan-bahan makanan berdasarkan pencarian yang tidak habis – habisan, memperolehi sumber alam semata-mata menerusi kegiatan berburu, menangkap ikan dan memunguthasil hasil hutan dan asas ekonomi tidak dapat menampung pertambah bilangan penduduk yang ramai .Perubahan persekitaran dan iklim berikut dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang – binatang yang biasa diburu lenyap dengan pengunduran lapisan – lapisan air batu. Iklim yang lebih panas serta kemunculan tumbuh – tumbuhan memaksa manusia pada zaman neolitik mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian dan penternakan . Banjir yang kerap berlaku mengekalkan kesuburan tanah unruk aktiviti pertanian. Manusia mula menanam gandum dan barley serta menternak kambing, biri – biri dan khinzir sebagai bekalan makanan mereka.

Kemunculan perkampungan, kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang seperti di Jerico itu menunjukan bahawa inilah buat pertama kalinya manusia hidup dalam komuniti yang besar menetap, mempunyai tempat kediaman tetap dan mengawal pengeluaran makanan mereka sendiri. Lebihan makanan juga membawa kepada munculnya perdagangan . Bermula dengan kemajuan inilah juga membawa kepada perubahan besar dari segi hubungan manusia dengan alam persekitaran mereka. Buat pertama kali, manusia mula menggunakan pengetahuan ( ilmu ) untuk menyara hidup mereka.

4. Peralatan

Pengaruh alam sekitar dalam menghasilkan peralatan untuk kegunaan seharian. Dengan adanya batu , kayu dan tulang binatang menyebabkan Masyarakat Paleolitik Mencipta peralatan sebagai senjata walaupun buatannya lebih kasar dan fungsinya terhad. Terbukti dengan munculnya alat – alat batu seperti “pebble” dan “flaked tool” yang dibuat untuk memenuhi fungsi – fungsi ekonomi dan mempertahankan diri.

Pada zaman neolitik dengan penemuan logam dan gangsa , kepelbagaian alat – alat telah dihasilkan dengan kaedah – kaedah pembuatan peralatan yang lebih kompleks dan halus. Perkembangan dalam bidang pertanian pula membawa kepada penciptaan teknologi pertanian seperti cangkul , bajak , tajak dan roda .Kebudayaan materialnya termasuk tembikar dan penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penenunan yang baru dipelajarinya.

5. Kepercayaan

Alam mempengaruhi lahirnya satu bentuk kepercayaan dalam diri manusia. Kehidupan manusia pada zaman percaya benda di sekeliling mereka mempunyai semangat yang harus dihormati.Hutan,pokok gunung matahari, laut angin dan panahan petir dan sebagainya mempunyai semangat atau penjaga yang harus dihormati dan dipelihara agar tidak merasa marah. Manusia Neolitik telah memepertajamkan pemikiran konseptual mereka. Pemikiran konseptual mungkin merangkumi nilai – nilai agama yang berkaitan dengan penyembahan dewa – dewi untuk menjamin hasil tanaman dapat berlipat kali ganda. Masyarakat Neolitik percaya kejadian banjir dan kemarau telah membawa kepada semangat tanaman yang perlu dipuja untuk mengalakan ditimpa bencana. Dengan ini Lahirlah upacara-upacara pemujaan, upucara ritual ( pengkebumian – keranda dll), tarian , amalan korban sebagai bukti bahawa mereka percaya kpd kuasa alam semesta . utk mengawal dan melindungi kehiodupan mereka.

6. Sungai

Kemunculan sungai turut mempengaruhi kemunculan petempatan, sistem pengairan untuk pertanian .Kepelbagaian tumbuhan rumput menjadi bahan makanan kepada binatang ternakan di lembah sungai . Sungai juga terdapatnya Sumber protein , bahan binaan ( lumpur/tanah liat ) untuk membuat batu bata sebagai alat pengangkutan dan perhubungan serta aktiviti perdagangan. Kejadian panahan petir dan kilat menyambar pokok menjadi faktor galakan mereka menghasilkan api dengan kaedah geseran batu . Api merupakan elemen penting bagi memanaskan badan dalam persekitaran yang sejuk Ianya juga mendorong mereka melukis gambar binatang di dinding gua kerana mereka percaya gambar tersebut ada kuasa ghaib yang membantu mereka berburu.

8. Alam sekitar juga mempengaruhi manusia pada zaman paleolitik membuat pakaian daripada kulit dan bulu binatang disebabkan suhu yang sejuk. Keadaan ini berbeza pada zaman neolitik mula membuat pakaian daripada gentian tanaman. Perubahan persekitaran telah mempengaruhi manusia pada masa itu mencipta alat tenunan.